Total Pageviews

Thursday, July 7, 2011

KEK DESA FAIR

KEK LAPIS DESA FAIR

450gm mentega
340gm gula halus
10 biji telur
180gm sri kaya
375gm (1 tin rendah) susu pekat manis
200gm horlicks
225gm tepung gandum
1 sudu teh vanilla
1 botol kecil pasta pandan (untuk warna hijau)
Pewarna merah dan kuning'

Caranya:-

1.Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2.Kemudian masukkan sebiji telur dan pukul hingga kembang. Ulang hingga telur habis.
3.Masukkan sri kaya, susu pekat, Horlicks dan vanilla. Pukul hingga kembang.
4.Kemudian masukkan tepung dan kacau biasa hingga sebati (tidak perlu dipukul).
5.Bahagi adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian dicampur pasta pandan, 1 bahagian dibubuh pewarna merah dan 1 bahagian dibubuh pewarna kuning.

Proses mengukus:-

1.Sediakan loyang (7" x 7" @ 8" x 8").
2.Masukkan 5 @ 6 sudu makan adunan berwarna merah ke dalam loyang. Oles rata.
3.Kukus hingga masak. Kemudian keluarkan dari pengukus dan biar menyejuk sekejap.
4.Selepas itu, masukkan 5 @ 6 sudu makan adunan kuning ke dalam loyang. Oles rata. Kukus hingga masak. Kemudian keluarkan dari pengukus dan biar menyejuk sekejap.
5.Selepas itu, masukkan 5 @ 6 sudu makan adunan hijau @ pandan) ke dalam loyang. Oles rata. Kukus hingga masak. Kemudian keluarkan dari pengukus dan biar menyejuk sekejap.
6.Ulang langkah 2-5 sehingga adunan habis.

No comments:

Post a Comment